PENYEBARAN BERITA PALSU, JBALB NASIHAT DAPATKAN INFORMASI SAHIH
Posted on 25 Feb 2026
PENYEBARAN BERITA PALSU, JBALB NASIHAT DAPATKAN INFORMASI SAHIH

JBALB Sarawak menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang maklumat yang belum disahkan kesahihannya, khususnya yang berkaitan perkhidmatan bekalan air.
Sebarang perkongsian maklumat tidak tepat boleh mengelirukan masyarakat serta menimbulkan keresahan awam.
Untuk pengesahan rasmi, orang ramai diminta menghubungi saluran sah JBALB Sarawak melalui JBALB Call Centre: 082-262211 (24 jam)
Sebagai agensi penyedia perkhidmatan, JBALB Sarawak sentiasa komited menyalurkan maklumat yang telus, tepat dan bertanggungjawab kepada rakyat.
Kerjasama orang ramai amat dihargai dalam memastikan ketenteraman dan kepercayaan awam terus terpelihara.