Announcement

 

PERKHIDMATAN YANG MEMBANGGAKAN DI KUCHING, KINI PENGALAMAN DITAGIH DI PERINGKAT IBU PEJABAT

Posted on 23 Feb 2026
PERKHIDMATAN YANG MEMBANGGAKAN DI KUCHING, KINI PENGALAMAN DITAGIH DI PERINGKAT IBU PEJABAT

a

a

Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ir. Ts. Awang Muhamad Ayahtullah bin Awang Najeri, mantan Jurutera Air JBALB Bahagian Kuching, atas perkhidmatan yang penuh dedikasi dan membanggakan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau.

Komitmen, kepimpinan serta sumbangan signifikan beliau dalam memperkukuh operasi dan perkhidmatan bekalan air di Bahagian Kuching amat dihargai dan meninggalkan impak yang besar kepada jabatan serta masyarakat setempat.

Kini, pengalaman dan kepakaran beliau terus ditagih apabila dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Pengagihan dan NRW di peringkat Ibu Pejabat JBALB Sarawak.
Selamat maju jaya dan selamat menjalankan amanah baharu.