Announcement

 

WORK-BASED LEARNING (WBL), JBALB TERPILIH SEBAGAI RAKAN INDUSTRI UiTM SARAWAK

Posted on 13 Feb 2026
WORK-BASED LEARNING (WBL), JBALB TERPILIH SEBAGAI RAKAN INDUSTRI UiTM SARAWAK

w
w


Tuan Ts. Ahmad Selihin Che Said, Pengarah JBALB Sarawak hari ini menghadiri Majlis Pelancaran Program Work-Based Learning (WBL) yang telah disempurnakan oleh Prof. Dr. Firdaus Abdullah, Rektor UiTM Sarawak bertempat di UiTM Kampus Samarahan 2.

Program WBL yang diperkenalkan oleh Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA) ini merupakan pendekatan pembelajaran berasaskan industri yang memberi peluang kepada pelajar untuk memperoleh pengalaman kerja sebenar selari dengan keperluan semasa sektor teknikal dan profesional.

Pemilihan JBALB Sarawak sebagai rakan industri mencerminkan keyakinan pihak akademik terhadap kepakaran serta keupayaan jabatan dalam menyumbang kepada pembangunan modal insan, khususnya dalam bidang pengurusan aset dan infrastruktur bekalan air.

Kolaborasi strategik ini diharap dapat memberi pendedahan praktikal kepada pelajar, mengukuhkan hubungan antara industri dan institusi pengajian tinggi, dan melahirkan graduan yang kompeten, berkemahiran dan bersedia memasuki alam pekerjaan.

JBALB Sarawak komited untuk terus menyokong inisiatif pendidikan yang memberi manfaat kepada generasi masa hadapan serta memperkasa pembangunan sektor utiliti air di Sarawak.