KIOSK SERVICE SARAWAK DAH MULA BEROPERASI DI BAHAGIAN KAPIT
Posted on 13 Feb 2026
KIOSK SERVICE SARAWAK DAH MULA BEROPERASI DI BAHAGIAN KAPIT

Kitak tauk sik sine tempat di Bahagian Kapit untuk urusan pengebilan dan pembayaran ?
Walaupun JBALB Sarawak tidak mempunyai kiosk sendiri khusus untuk membaca dan membayar bil, para pengguna boleh memanfaatkan kiosk seranta yang dibangunkan oleh Kerajaan Sarawak iaitu melalui kiosk Service Sarawak.
Kinek tok pembayaran bil-bil utiliti seperti bil air JBALB, Sarawak Water Sdn Bhd, bil elektrik, gas serta pembayaran bil-bil Kerajaan Sarawak boleh dibuat melalui kiosk Service Sarawak di:
Aras Bawah, Kompleks Kerajaan Negeri (Bahagian Kapit),
Jalan Bleteh,
96800 Kapit, Sarawak.
Kiosk ini tidak terhad kepada pembayaran bil air, tetapi juga pembacaan bil JBALB seperti pada infografik.
Selain itu, pembayaran bil air JBALB juga boleh dibuat di kiosk melalui S PAY GLOBAL, dan FPX Perbankan Internet.
Pengguna juga boleh muat turun aplikasi Service Sarawak untuk membaca dan membayar bil.
Rakan JBALB Bahagian Kapit
#kitaktauksik
#Infokami
#servicesarawak