Announcement

 

MESYUARAT PENGURUSAN TERTINGGI PERTAMA, PENGARAH JBALB UMUM ROMBAKAN PERKUATKAN PASUKAN

Posted on 10 Feb 2026
MESYUARAT PENGURUSAN TERTINGGI PERTAMA, PENGARAH JBALB UMUM ROMBAKAN PERKUATKAN PASUKAN

a
a


Tuan Ts. Ahmad Selihin Che Said, Pengarah JBALB Sarawak, telah mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi JBALB Sarawak yang pertama bagi tahun 2026, sejak dilantik sebagai Pengarah pada 15 Januari 2026.

Mesyuarat berkenaan menjadi platform penting dalam memperkukuh hala tuju jabatan, termasuk pengumuman beberapa rombakan strategik yang melibatkan pelantikan Timbalan Pengarah, Ketua Penolong Pengarah serta Jurutera Air Bahagian yang baharu.

Rombakan ini dilaksanakan bagi memperkasakan struktur organisasi, memperkukuh keupayaan pengurusan serta memastikan penyampaian perkhidmatan bekalan air luar bandar yang lebih cekap, berkesan dan berfokus kepada keperluan rakyat.

JBALB Sarawak kekal komited untuk terus membina pasukan yang mantap, berintegriti dan berdaya saing demi memastikan agenda pembangunan bekalan air luar bandar di Sarawak dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun dan berimpak tinggi.