Announcement

 

JBALB SARAWAK MENYERTAI PROGRAM SAINS SPOTLIGHT 2026

Posted on 09 Feb 2026
JBALB SARAWAK MENYERTAI PROGRAM SAINS SPOTLIGHT 2026

s
s

JBALB Sarawak telah dijemput untuk menghadiri Program SAINS Spotlight 2026 yang diadakan pada pagi tadi bertempat di Pullman Hotel Kuching.

Program ini anjuran Sarawak Information Systems Sdn Bhd (SAINS) bertujuan untuk memberi pendedahan kepada wakil kementerian dan agensi Kerajaan Sarawak berkenaan teknologi dan digital terkini dalam penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap dan efektif.

Turut hadir bersama dalam program tersebut adalah Puan Ir. Ts. Kueh Li Li (Timbalan Pengarah - Khidmat Teknikal), Encik Anwarul Adzizi Adeni (Ketua Pegawai Digital), Encik Mellvyn Mitchell Nathan (Penolong Ketua Pegawai Digital), Encik Joshua Tie (Pegawai Tadbir - IT), Encik Anand Mohan (Pegawai Tadbir - Komunikasi Korporat), dan Cik Ghina (Pelatih Industri).