Announcement

 

PROGRAM JBALB TEAMBONDING, PENGARAH JBALB UCAP TERIMA KASIH ATAS DEDIKASI WARGA KERJA

Posted on 07 Feb 2026

PROGRAM JBALB TEAMBONDING, PENGARAH JBALB UCAP TERIMA KASIH ATAS DEDIKASI WARGA KERJA
b
b
Tuan Ts. Ahmad Selihin Che Said, Pengarah JBALB Sarawak telah menghadiri Majlis Penutupan Program JBALB Teambonding 2026 yang berlangsung di Damai Lagoon Kuching.

Program yang berlangsung selama tiga hari bermula 6 hingga 8 Februari 2026 ini melibatkan penyertaan kakitangan sokongan Ibu Pejabat JBALB, bertujuan memperkukuh semangat kerja berpasukan, meningkatkan komunikasi serta menyemai nilai kebersamaan dalam kalangan warga kerja.

Dalam ucapannya, Tuan Pengarah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas komitmen, dedikasi serta sumbangan berterusan warga kerja sokongan yang menjadi tulang belakang kepada kelancaran operasi dan penyampaian perkhidmatan JBALB kepada rakyat.

Beliau turut berharap program seumpama ini dapat terus menjadi platform untuk menyatukan kekuatan, memupuk semangat kekeluargaan serta memperkukuh budaya kerja yang positif demi kecemerlangan organisasi.

Turut hadir adalah ke semua Timbalan Pengarah JBALB Sarawak: Puan Ts. Dianne Andrew Jo (Pengurusan), Tuan Haji Tamida bin Da'adi (Pembangunan), Ts. Aaron Gorino (Operasi), dan Puan Ir. Ts. Kueh Li Li (Khidmat Teknikal).