Announcement

 

KIOSK SERVICE SARAWAK DAH MULA BEROPERASI DI JBALB BAHAGIAN MUKAH

Posted on 06 Feb 2026
KIOSK SERVICE SARAWAK DAH MULA BEROPERASI DI JBALB BAHAGIAN MUKAH

s

Kitak tauk sik sine tempat di Bahagian Mukah untuk urusan pengebilan dan pembayaran ?

Walaupun JBALB Sarawak tidak mempunyai kiosk sendiri khusus untuk membaca dan membayar bil, para pengguna boleh memanfaatkan kiosk seranta yang dibangunkan oleh Kerajaan Sarawak iaitu melalui kiosk Service Sarawak.

Kinek tok pembayaran bil-bil utiliti seperti bil air JBALB, Sarawak Water Sdn Bhd, bil elektrik, gas serta pembayaran bil-bil Kerajaan Sarawak boleh dibuat melalui kiosk Service Sarawak di:

Pejabat JBALB Bahagian Mukah,

Tingkat 2, Bangunan Pusat Pentadbiran Baru,

Jalan Wawasan, 96400 Mukah.

(Tel. 084-871667/668)

Kiosk ini tidak terhad kepada pembayaran bil air, tetapi juga pembacaan bil JBALB seperti pada infografik.

Selain itu, pembayaran bil air JBALB juga boleh dibuat di kiosk melalui S PAY GLOBAL, dan FPX Perbankan Internet.

Pengguna juga boleh muat turun aplikasi Service Sarawak untuk membaca dan membayar bil.

Sila rujuk poster infografik yang disediakan ini bagi mengetahui lokasi kiosk service Sarawak di seluruh Sarawak.

Service Sarawak
#kitaktauksik
#Infokami
#servicesarawak