PROJEK 'ACUTE' MENDAHULUI JADUAL, PENDUDUK NIBONG TADA KANOWIT AKAN MENIKMATI BEKALAN AIR LEBIH BAIK
Posted on 05 Feb 2026
PROJEK 'ACUTE' MENDAHULUI JADUAL, PENDUDUK NIBONG TADA KANOWIT AKAN MENIKMATI BEKALAN AIR LEBIH BAIK


Projek ‘Acute’ Sistem di kawasan Nibong Tada kini menunjukkan prestasi memberangsangkan apabila mendahului jadual pelaksanaan.
Projek yang telah bermula pada 7 November 2025 ini dijangka siap pada bulan Mei 2026 ini.
Setakat ini, perkembangan projek menunjukkan kemajuan positif di mana ia telah mendahului jadual pelaksanaan.
Apabila projek ini siap sepenuhnya nanti, ia akan membekalkan air ke seluruh kawasan Nibong Tada, Kanowit sekaligus menambahbaik sistem bekalan air di kawasan berkenaan..
Projek ini merupakan pembiayaan penuh Kerajaan Sarawak dan berfungsi sebagai solusi interim bagi meningkatkan kebolehpercayaan bekalan air sementara menunggu siapnya Projek Bekalan Air Kanowit Fasa 2 (Tahap 2)
Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak kekal komited memastikan rakyat menerima perkhidmatan bekalan air yang lebih stabil, selamat dan berterusan.