PERBINCANGAN AWAL, JBALB DAN UNIVERSITI CURTIN SETUJU KOLABORASI BERSAMA
Posted on 30 Jan 2026
PERBINCANGAN AWAL, JBALB DAN UNIVERSITI CURTIN SETUJU KOLABORASI BERSAMA

Di sela keberadaan Pengarah JBALB di Bahagian Miri, satu perbincangan awal bersama pihak Universiti Curtin telah diadakan bagi meneroka potensi kolaborasi strategik, khususnya dalam bidang latihan dan pembangunan kemahiran teknikal.
Perbincangan ini telah diadakan bersama Tuan Ts. Ahmad Selihin Che Said, Pengarah JBALB Sarawak, dan Assoc. Prof. Ir. Dr. Lim Chye Ing, Associate Dean (External Engagement), Faculty of Engineering and Science, yang memfokuskan kepada peluang kerjasama dalam memperkasa kompetensi modal insan, pemindahan ilmu serta pembangunan kepakaran selaras dengan keperluan industri dan perkhidmatan bekalan air.
Kolaborasi yang dicadangkan ini dilihat sebagai satu langkah strategik dalam menyokong agenda peningkatan keupayaan teknikal warga kerja JBALB, di samping merapatkan jurang antara institusi akademik dan pelaksanaan di lapangan.
JBALB Sarawak komited untuk terus menjalinkan kerjasama berimpak tinggi bersama institusi pendidikan tinggi bagi memastikan pembangunan sumber manusia yang berdaya saing, berkemahiran dan selari dengan aspirasi pembangunan Sarawak.