Announcement

 

HARI INTEGRITI SARAWAK WATER, PENGARAH JBALB HADIR TANDA SOKONGAN

Posted on 30 Jan 2026
HARI INTEGRITI SARAWAK WATER, PENGARAH JBALB HADIR TANDA SOKONGAN

s
s


Hari Integriti Sarawak Water telah berjaya disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Liwan Lagang, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, yang hadir mewakili Yang Berhormat Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak hari ini sebagai manifestasi komitmen berterusan Kerajaan Sarawak dalam memperkukuh nilai integriti, tadbir urus yang baik serta budaya kerja beretika dalam sektor utiliti air.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Tuan Ts. Ahmad Selihin Che Said, Pengarah Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak, yang hadir sebagai tanda sokongan padu terhadap segala usaha dan inisiatif pemantapan integriti yang dilaksanakan oleh Sarawak Water dan rakan-rakan strategik.

Kehadiran beliau mencerminkan komitmen berterusan JBALB Sarawak dalam menjunjung prinsip integriti, akauntabiliti dan ketelusan sebagai teras utama penyampaian perkhidmatan awam, selaras dengan aspirasi transformasi perkhidmatan utiliti air negeri Sarawak.

Usaha bersepadu ini diharap dapat terus memupuk budaya kerja yang berintegriti, profesional dan berdaya saing demi kepentingan rakyat serta pembangunan mampan Sarawak.

Turut memeriahkan majlis tersebut adalah Yang Berbahagia Datu Jafri Lias, Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak dan Puan Malseni binti Jamal, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Water.