Announcement

 

MESYUARAT PERTAMA DIPENGERUSI PENGARAH, JBALB TEKAD PERTINGKATKAN 'SCORECARD' JABATAN

Posted on 27 Jan 2026
MESYUARAT PERTAMA DIPENGERUSI PENGARAH, JBALB TEKAD PERTINGKATKAN 'SCORECARD' JABATAN

a
s

Mesyuarat Penetapan Scorecard Jabatan bagi Tahun 2026 telah diadakan buat julung kalinya dan dipengerusikan oleh Tuan Ts. Ahmad Selihin Che Said, Pengarah Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak (JBALB).

Mesyuarat ini menjadi platform penting dalam menetapkan hala tuju strategik jabatan melalui penambahbaikan petunjuk prestasi utama (KPI) yang lebih berfokus, terukur dan selari dengan aspirasi transformasi perkhidmatan awam Sarawak.

Di bawah kepimpinan baharu, JBALB terus komited untuk memperkukuh tadbir urus, meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan serta memastikan pencapaian scorecard jabatan berada pada tahap terbaik demi kesejahteraan rakyat luar bandar Sarawak.