Announcement

 

PENGARAH JBALB LAKUKAN KUNJUNGAN HORMAT, SETIAUSAHA KERAJAAN SARAWAK TITIP PESAN UNTUK BUAT YANG TERBAIK

Posted on 19 Jan 2026
PENGARAH JBALB LAKUKAN KUNJUNGAN HORMAT, SETIAUSAHA KERAJAAN SARAWAK TITIP PESAN UNTUK BUAT YANG TERBAIK

a

Pagi ini tadi Yang Berusaha Tuan Ts. Ahmad Selihin Che Said, Pengarah Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak telah mengadakan kunjungan hormat kepada YB Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar bin Marzuki, Setiausaha Kerajaan Sarawak sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh hubungan strategik antara jabatan pelaksana dan kepimpinan tertinggi pentadbiran negeri.

Dalam pertemuan tersebut, YB Datuk Amar telah menitipkan pesanan agar JBALB Sarawak terus melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan penuh integriti, profesionalisme serta keazaman yang tinggi.

Beliau turut menekankan kepentingan untuk sentiasa melakukan yang terbaik dalam setiap aspek perancangan, pelaksanaan dan penyampaian perkhidmatan bekalan air luar bandar demi memenuhi keperluan dan kesejahteraan rakyat Sarawak.

Kunjungan hormat ini turut menjadi platform perbincangan mengenai hala tuju dan keutamaan JBALB Sarawak, termasuk cabaran pelaksanaan projek bekalan air di kawasan luar bandar serta keperluan memperkukuh kecekapan operasi, tadbir urus dan penyelarasan antara agensi berkaitan.

JBALB Sarawak menyambut baik pesanan dan pandangan yang disampaikan serta akan terus mempertingkatkan usaha penambahbaikan secara berterusan selaras dengan aspirasi Kerajaan Sarawak untuk menyediakan perkhidmatan bekalan air yang mampan, berdaya tahan dan berorientasikan rakyat.