Announcement

 

JBALB SARAWAK RAKAM UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

Posted on 19 Jan 2026
JBALB SARAWAK RAKAM UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

f
f
s

Sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada:

1. Encik Frezzal bin Faisal, Mantan Jurutera Air JBALB Bahagian Limbang yang berpindah ke JBALB Bahagian Mukah
2. Ir. Ts. Tay Chiaw Teck, Mantan Jurutera Air JBALB Bahagian Betong yang berpindah ke Ibu Pejabat JBALB Sarawak
3. Encik Andres Inchatekoster Anak Anyap, Mantan Jurutera Air JBALB Bahagian Kapit yang berpindah ke JBALB Bahagian Betong

Atas segala sumbangan, jasa bakti serta komitmen tinggi yang telah dicurahkan sepanjang menjalankan amanah dan tanggungjawab sebagai Jurutera Air di bahagian masing-masing.

Dedikasi, kepimpinan serta semangat profesionalisme yang ditunjukkan amat dihargai dan menjadi pemangkin kepada usaha JBALB Sarawak dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan bekalan air demi kesejahteraan rakyat.

Seluruh warga kerja JBALB Sarawak mendoakan agar saudara-saudara terus dikurniakan kejayaan, kesihatan yang baik serta kecemerlangan berterusan dalam apa jua bidang yang diceburi. Terima kasih atas khidmat bakti yang tidak ternilai.