BAGAI SIRIH PULANG KE GAGANG, PELANTIKAN TUAN HAJI TAMIDA SEBAGAI TIMBALAN PENGARAH BAGI PERKUKUH KEPIMPINAN BAHARU JBALB SARAWAK
Posted on 15 Jan 2026

BAGAI SIRIH PULANG KE GAGANG, PELANTIKAN TUAN HAJI TAMIDA SEBAGAI TIMBALAN PENGARAH BAGI PERKUKUH KEPIMPINAN BAHARU JBALB SARAWAK
Bagai sirih pulang ke gagang, JBALB Sarawak dengan penuh sukacita mengalu-alukan kepulangan Tuan Haji Tamida yang kini kembali berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah (Pembangunan).
Beliau bukanlah asing dengan JBALB Sarawak apabila pernah menjadi pelopor kepada penubuhan JBALB Sarawak dan berkhidmat di Ibu Pejabat JBALB Sarawak pada tahun 2016, dan kemudian pernah menjadi Jurutera Air JBALB bagi Bahagian Samarahan dan Serian, sebelum meneruskan amanah dan dipinjamkan seketika sebagai Pegawai Daerah Gedong pada tahun 2023 selama hampir 3 tahun.
Sepanjang tempoh perkhidmatan tersebut, beliau telah memperlihatkan kepimpinan yang berwibawa serta keupayaan mengurus pembangunan di peringkat teknikal dan pentadbiran dengan berkesan.
Dengan gabungan pengalaman yang luas, kefahaman mendalam terhadap keperluan rakyat serta komitmen tinggi terhadap tadbir urus yang baik, kehadiran beliau diyakini akan memperkukuh barisan kepimpinan baharu, memperkasa pelaksanaan pembangunan dan memastikan kesinambungan kecemerlangan perkhidmatan JBALB Sarawak yang diterajui oleh Yang Berusaha Tuan Ts. Ahmad Selihin Che Said.
Selamat kembali dan selamat menjalankan amanah Yang Berusaha Tuan Haji Tamida Da'adi.