JBALB SARAWAK ZAHIR SETINGGI UCAPAN TAHNIAH DI ATAS PELANTIKAN ENCIK TS. AHMAD SELIHIN BIN CHE SAID SEBAGAI PENGARAH YANG BAHARU
Posted on 14 Jan 2026

JBALB SARAWAK ZAHIR SETINGGI UCAPAN TAHNIAH DI ATAS PELANTIKAN ENCIK TS. AHMAD SELIHIN BIN CHE SAID SEBAGAI PENGARAH YANG BAHARU
JBALB Sarawak merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan penghargaan atas pelantikan Encik Ts. Ahmad Selihin bin Che Said sebagai Pengarah JBALB Sarawak yang baharu berkuatkuasa 15 Januari 2026 (Khamis)
Dengan latar belakang profesional yang mantap serta dedikasi kukuh dalam sektor bekalan air di JBALB Sarawak selama ini, kami percaya bahawa Encik Ts. Ahmad Selihin akan terus membawa nafas baharu dalam menerajui agenda transformasi jabatan, khususnya dalam meningkatkan kecekapan operasi, memperluas liputan perkhidmatan, serta memperhebat inovasi demi manfaat rakyat.
Seluruh warga JBALB Sarawak menyambut pelantikan ini dengan penuh harapan dan semangat baharu.
Semoga di bawah kepimpinan beliau, JBALB akan terus melakar pencapaian yang lebih cemerlang, memperkukuh kerjasama strategik, dan memastikan setiap inisiatif yang digerakkan memberi impak positif kepada rakyat Sarawak.