JBALB SARAWAK RAKAM SETINGGI-TINGGI UCAPAN PENGHARGAAN KEPADA YANG BERBAHAGIA DATU IR. TS. AWG MOHAMMAD FADILLAH AWG REDZUAN
Posted on 14 Jan 2026

JBALB SARAWAK RAKAM SETINGGI-TINGGI UCAPAN PENGHARGAAN KEPADA YANG BERBAHAGIA DATU IR. TS. AWG MOHAMMAD FADILLAH AWG REDZUAN
JBALB Sarawak menzahirkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berbahagia Datu Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah Awg Redzuan yang telah berkhidmat dengan penuh cemerlang dan berwibawa sepanjang tempoh dua tahun ini.
Di bawah kepimpinan beliau, JBALB terus melangkah ke hadapan dengan penuh keyakinan, memperkukuh infrastruktur air luar bandar, memperkemas tadbir urus perkhidmatan serta memperluas jaringan kerjasama strategik demi kesejahteraan rakyat Sarawak.
Jasa, ketekunan dan komitmen beliau dalam memacu transformasi JBALB menjadi legasi yang amat dihargai dan akan terus menjadi inspirasi kepada seluruh warga kerja.
Terima kasih Datu atas khidmat bakti yang cemerlang serta sumbangan besar dalam membawa JBALB ke tahap yang lebih maju dan berdaya saing.
Selamat maju jaya buat Datu di tempat baharu sebagai Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri Sarawak berkuatkuasa 15hb Januari 2026