Announcement

 

PERAYAAN HARI NATAL SIMBOL PERPADUAN RAKYAT SARAWAK

Posted on 24 Dec 2025
c
PERAYAAN HARI NATAL SIMBOL PERPADUAN RAKYAT SARAWAK

Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak merakamkan ucapan Selamat Menyambut Hari Natal kepada seluruh rakyat Sarawak yang beragama Kristian.

Perayaan Hari Natal menjadi simbol nilai sejagat seperti kasih sayang, kesyukuran, keikhlasan dan harapan.

Nilai-nilai inilah yang menjadi asas kepada keharmonian serta kekuatan perpaduan rakyat Sarawak yang berbilang kaum, agama dan latar belakang.

Di Sarawak, perbezaan bukan pemisah, sebaliknya menjadi kekuatan yang menyatukan. Semangat saling menghormati dan hidup dalam muhibah yang telah sekian lama dipupuk inilah yang menjadikan Sarawak sebuah negeri yang aman, stabil dan sejahtera.

JBALB Sarawak akan terus komited berkhidmat dengan penuh integriti dan keikhlasan demi kesejahteraan rakyat, selari dengan semangat perpaduan yang dizahirkan melalui sambutan Hari Natal ini.

Semoga semangat kasih sayang dan perpaduan terus mekar dalam kehidupan kita bersama