Announcement

 

SELAMAT MENYAMBUT HARI SARAWAK 2025

Posted on 22 Jul 2025
S
Hari ini semua anak watan bumi kenyalang meraikan hari yang sungguh istimewa, hari di mana tampuk kepimpinan ibu pertiwi itu berada di tangan anak Sarawak sendiri.

22 Julai kita menyambut Hari Sarawak, detik kita mengenang pengorbanan insan terdahulu yang banyak menyumbang bakti, menabur khidmat, serta melayari bahtera dalam mengemudi negeri ini antara yang termaju di tanah Malaysia.

Semoga bumi bertuah ini akan terus aman, maju serta makmur di dalam kepelbagaian anutan kepercayaan, kerencaman budaya dan kesatuan bangsa Sarawak.

Bersyukurlah kita terus dikurnia dengan keharmonian dan kemantapan kepimpinan dalam membawa Sarawak terus terbang tinggi mencapai kegemilangan.