AHLAN WA SAHLAN YA RAMADAN KAREEM
Posted on 01 Mar 2025

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADAN KAREEM
Salam Ramadhan Kareem kepada semua warga JBALB Sarawak serta seluruh muslimin dan muslimat di Negeri Sarawak.
Bulan Ramadan adalah bulan yang penuh keberkatan, bulan di mana kita diberi peluang untuk meningkatkan ketaqwaan, memperbanyakkan ibadah, dan memperkukuhkan nilai-nilai kesabaran dan keikhlasan.
Semoga bulan yang mulia ini membawa seribu rahmat, keampunan serta kesabaran kepada kita semua.
Kami di JBALB Sarawak ingin mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa, didoakan ke hadrat Allah SWT segala amalan kita diterima dan diberkati-Nya
JBALB Sarawak akan terus komited memperbaiki kelemahan dan mempertingkatkan usaha dalam memberi khidmat terbaik kepada masyarakat.
Ikhlas,
Pengarah dan Seluruh Warga Kerja JBALB Sarawak