Announcement

 

kitak tauk sik? Loji Rawatan Air Suai

Posted on 21 May 2024




Kitak Tauk Sik?
Loji Rawatan Air Suai merupakan salah satu aset penting di bawah seliaan JBALB Bahagian Miri.
Loji yang mula beroperasi sejak tahun 2013 ini mempunyai reka bentuk kapasiti sebanyak 30 Juta Liter Sehari, manakala produksi/penggunaan
semasa adalah sebanyak 28 Juta Liter Sehari.
Ia membekalkan air bersih dan terawat kepada lebih kurang 32,000 penduduk di kawasan Ngu, Lebuhraya Pan Borneo dari Persimpangan Ngu ke Rh. Robert Suai, kawasan Skim Rancangan Sepupok, Pasar Sepupok, kawasan Sekaloh sehingga Rh Johnson Bekenu, Jalan Ulu Niah, Lasang 3, Pasar Batu Niah, Kuala Lajong, dan Saeh-Kuala Sibuti (Bekenu).
#KitakTaukSik
#tentangkami
#JBALBSarawak
#JBALBMiri