JBALB SARAWAK MENYERTAI PAMERAN PESTA BENAK SRI AMAN KE-21 2024
JBALB SARAWAK MENYERTAI PAMERAN PESTA BENAK SRI AMAN KE-21 2024
JBALB Sarawak telah dijemput untuk menyertai pameran bersempena dengan Pesta Benak Sri Aman ke-21 2024 anjuran Jawatankuasa Induk Pesta Benak Sri Aman selama 3 hari bermula 29 November hingga 1 Disember 2024 bertempat di Sri Aman Waterfront, Bandar Simanggang.
Pesta Benak merupakan acara tahunan dalam kalendar pelancongan Sarawak dan disambut bersama dengan sukan air, persembahan, dan perkhidmatan pameran dari pelbagai agensi dan kementerian.
Pada masa yang sama, JBALB Sarawak telah menerima kunjungan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah binti Mohd. Sanusi yang turut berkesempatan untuk berkunjung ke tapak pameran JBALB Sarawak bersempena dengan Majlis Penutupan Pesta Benak Sri Aman 2024 pada petang tadi, 1 Disember 2024.
Untuk makluman, pameran JBALB Sarawak telah dimenangi tempat ke-2 antara pameran yang terbaik sepanjang tempoh Pesta Benak berlangsung.
Turut hadir adalah pegawai-pegawai JBALB Sarawak dari Ibu Pejabat dan JBALB Sri Aman.