LAWATAN KERJA PENGARAH JBALB SARAWAK KE LOJI RAWATAN AIR TAPAH - BAHAGIAN KUCHING
KUCHING: Setelah melawat dan meninjau perkembangan projek di Loji Rawatan Air Slabi Serian pada sebelah pagi (19 Disember 2024), Tuan Pengarah JBALB Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah bin Awg Redzuan terus melakukan lawatan kerja ke Loji Rawatan Air Tapah, Bahagian Kuching pada sebelah petang hari yang sama.
Beliau telah diberikan taklimat oleh Ir. Ts. Awang Muhammad Ayahtullah Awang Najeri, Jurutera Air Bahagian Kuching.
Lawatan ini meneruskan acara 'turun padang' tuan pengarah bagi melawat loji-loji rawatan air JBALB di seluruh Sarawak bagi meninjau sendiri keadaan loji serta pengoperasian sistem bekalan air.