LAWATAN KERJA PENGARAH JBALB SARAWAK KE TAPAK PROJEK 'ACUTE PLANT' DI SG. SADIT, BAHAGIAN SIBU
Posted on 18 Dec 2024
Source of News: JBALB HQ
LAWATAN KERJA PENGARAH JBALB SARAWAK KE TAPAK PROJEK 'ACUTE PLANT' DI SG. SADIT, BAHAGIAN SIBU

SIBU: Pada petang tadi (18 Disember 2024), Tuan Pengarah JBALB Sarawak, Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah Awg Redzuan telah melakukan lawatan kerja ke tapak projek 'Acute Plant' di Kawasan Sg. Sadit, Bahagian Sibu.
Ketibaan Tuan Pengarah JBALB disambut oleh Ts. Sally Tang Nga Lin, Jurutera Air Bahagian Sibu.
Lawatan ini bertujuan bagi meninjau serta memantau perkembangan terkini berkenaan dengan projek tersebut yang setakat ini telah menunjukkan perkembangan yang amat baik dan mengikut jadual.
Turut hadir bersama dalam lawatan tersebut adalah Encik Itin Langit (Pengurus Besar Lembaga Air Sibu (SWB)), Encik Thomas Lucas Santang (Timbalan Pengarah - Pembangunan), Ir. Ts. Kueh Li Li (Timbalan Pengarah - Khidmat Teknikal), serta pegawai dan kakitangan yang terlibat.