News

 

KUNJUNGAN HORMAT TUAN PENGARAH JBALB KE ATAS TUAN PENGARAH JKR SARAWAK

Posted on 17 Dec 2024
Source of News: JBALB HQ

KUNJUNGAN HORMAT TUAN PENGARAH JBALB KE ATAS TUAN PENGARAH JKR SARAWAK

KUCHING: Pada petang tadi (17 Disember 2024 - Selasa), Tuan Pengarah JBALB Sarawak Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah Awg Redzuan telah berkesempatan untuk melakukan kunjungan hormat ke atas Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, Tuan Ir. Ts. Gs. Br. Dr. Cassidy Morris bertempat di Ibu Pejabat JKR Sarawak, Kuching.

Kunjungan hormat yang berlangsung selama hampir sejam itu digunakan untuk membincangkan beberapa perkara berkaitan kerjasama untuk menyediakan latihan teknikal. 

Di samping itu, isu berkaitan izinlalu dan pengalihan utiliti paip serta pengurusan projek turut dibincangkan di antara kedua nya.