Event

 

PEMANTAUAN MENGEJUT, 'BOOSTER STATION' DISELENGGARA DENGAN BAIK

19 Oct 2025 - 19 Oct 2025, Stesen Pam Penggalak Sungai Buloh, Samarahan
JBALB HQ
PEMANTAUAN MENGEJUT, 'BOOSTER STATION' DISELENGGARA DENGAN BAIK

Hari ini tadi, Yang Berbahagia Datu Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah Awg Redzuan, Pengarah JBALB Sarawak telah melakukan lawatan mengejut ke Stesen Pam Penggalak Sungai Buluh, Bahagian Samarahan.

Beliau yang menghadiri program rasmi di Sebuyau bersama YB Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, berkesempatan singgah di stesen pam penggalak berkenaan bagi meninjau keadaan pengoperasian serta penyelenggaraan oleh kakitangan JBALB di sana.

Stesen Pam Penggalak tersebut secara keseluruhannya beroperasi dan diselenggara dengan baik.

Semenjak Tuan Pengarah menerajui JBALB Sarawak, lawatan serta pemantauan mengejut ini sering beliau lakukan di setiap bahagian.

Rakan JBALB Bahagian Samarahan