Event

 

MASYARAKAT DISANTUNI, JBALB SARAWAK TURUN PADANG DI SEBAUH

20 Oct 2025 - 20 Oct 2025, Balai Raya Sebauh
JBALB HQ
MASYARAKAT DISANTUNI, JBALB SARAWAK TURUN PADANG DI SEBAUH

Siri jelajah Program Hari Bersama Pelanggan (HBP) JBALB Sarawak anjuran Cawangan Komunikasi Korporat Ibu Pejabat JBALB Sarawak telah diadakan pada hari ini, 20 Oktober 2025 (Isnin) bertempat di Dewan Balai Raya, Daerah Sebauh. Ini merupakan jelajah HBP ke-6 pihak jabatan turun padang untuk bersemuka bersama pemimpin dan masyarakat setempat.

Turut hadir bersama dalam memeriahkan program hari ini tadi adalah Puan Frances Sherra Lia yang mewakili Pegawai Daerah Sebauh.
Taklimat ringkas berkenaan JBALB Sarawak telah disampaikan oleh Encik Awang Fardillah Awang Hussin (Ketua Penolong Pengarah - Komunikasi Korporat). Seterusnya, taklimat berkenaan perkembangan terkini pengoperasian dan pembangunan JBALB Bahagian Bintulu khasnya bagi kawasan Daerah Sebauh telah disampaikan oleh Encik Lai Kien Hong selaku Jurutera Air Bahagian.

Program turun padang ini melibatkan ketua kampung/ketua masyarakat di Daerah Sebauh yang bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan JBALB dengan masyarakat setempat melalui sesi perkhidmatan pelanggan, pameran serta perkongsian maklumat oleh rakan strategik.
Setinggi penghargaan kepada penceramah dan juga agensi-agensi yang terlibat dalam pameran perkhidmatan daripada pihak Service Sarawak SCSDU, Sarawak Information Systems Sdn Bhd (SAINS), dan Bank Simpanan Nasional (ejen BSN).