KOMITMEN BERTERUSAN JBALB SARAWAK DALAM MENAMBAHBAIK PERKHIDMATAN BEKALAN AIR DI DAERAH LAWAS
17 Oct 2025 - 17 Oct 2025,
Hotel Seri Malaysia Lawas
JBALB HQ
KOMITMEN BERTERUSAN JBALB SARAWAK DALAM MENAMBAHBAIK PERKHIDMATAN BEKALAN AIR DI DAERAH LAWAS
Siri jelajah Program Hari Bersama Pelanggan (HBP) JBALB Sarawak anjuran Cawangan Komunikasi Korporat Ibu Pejabat JBALB Sarawak telah diadakan pada hari ini tadi 17 Oktober 2025 (Jumaat) bertempat di Dewan Hotel Seri Malaysia, Daerah Lawas. Ini merupakan jelajah HBP ke-5 pihak jabatan turun padang untuk bersemuka bersama pemimpin dan masyarakat setempat.
Turut hadir bersama dalam memeriahkan program hari ini tadi adalah Encik Aminul Fadzrin yang mewakili Pegawai Daerah Lawas.
Taklimat ringkas berkenaan JBALB Sarawak telah disampaikan oleh Encik Awang Fardillah Awang Hussin (Ketua Penolong Pengarah - Komunikasi Korporat). Seterusnya, taklimat berkenaan perkembangan terkini pengoperasian dan pembangunan JBALB Bahagian Limbang khasnya bagi kawasan Daerah Lawas telah disampaikan oleh Encik Ts. Ahmad Hafidzur Rahman bin Ahmad Nidhom selaku Jurutera Air Bahagian yang juga baru mengambil alih tugasan menerajui JBALB Bahagian Limbang.
Program turun padang ini melibatkan ketua kampung/ketua masyarakat di Daerah Lawas yang bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan JBALB dengan masyarakat setempat melalui sesi perkhidmatan pelanggan, pameran serta perkongsian maklumat oleh rakan strategik.
Setinggi penghargaan kepada penceramah dan juga agensi-agensi yang terlibat dalam pameran perkhidmatan daripada pihak Service Sarawak SCSDU, Sarawak Information Systems Sdn Bhd (SAINS), Bank Simpanan Nasional (ejen BSN), Centexs, Baitulmal dan juga Klinik Kesihatan Lawas.