Event

 

DEKATI RAKYAT, JBALB SARAWAK TURUN PADANG SANTUNI MASYARAKAT KANOWIT

14 Oct 2025 - 14 Oct 2025, Dewan Pejabat Daerah Kanowit
JBALB HQ, JBALB Sibu
DEKATI RAKYAT, JBALB SARAWAK TURUN PADANG SANTUNI MASYARAKAT KANOWIT

Program Hari Bersama Pelanggan (HBP) JBALB Sarawak Siri 4/2025 anjuran Cawangan Komunikasi Korporat JBALB Sarawak telah diadakan pada hari ini 14 Oktober 2025 (Selasa) bertempat di Dewan Pejabat Daerah Kanowit, Bahagian Sibu

Turut hadir bersama dalam memeriahkan program tersebut adalah Puan Casseylia anak Benet yang mewakili Pegawai Daerah Kanowit.

Taklimat ringkas berkenaan JBALB Sarawak telah disampaikan oleh Encik Awang Fardillah Awang Hussin (Ketua Penolong Pengarah - Komunikasi Korporat). Seterusnya, taklimat berkenaan perkembangan terkini pengoperasian dan pembangunan JBALB Bahagian Sibu khasnya bagi kawasan Daerah Kanowit telah disampaikan oleh Cik Ts. Herda Haziqah binti Sekaria selaku Jurutera Air Bahagian JBALB Sibu.

Program turun padang yang melibatkan ketua kampung/ketua masyarakat di kawasan tersebut bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan JBALB dengan masyarakat setempat melalui sesi perkhidmatan pelanggan, pameran serta perkongsian maklumat oleh rakan strategik.

Setinggi penghargaan kepada penceramah dan juga agensi-agensi yang terlibat dalam pameran perkhidmatan daripada pihak Service Sarawak SCSDU, Sarawak Information Systems Sdn Bhd (SAINS), dan Bank Simpanan Nasional (ejen BSN).