Event

 

JBALB SARAWAK TERUS MENDEKATI KOMUNITI: PROGRAM HARI BERSAMA PELANGGAN BERSAMA PEMIMPIN MASYARAKAT SERIAN

07 Oct 2025 - 07 Oct 2025, Dewan Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak Bahagian Serian
JBALB HQ
JBALB SARAWAK TERUS MENDEKATI KOMUNITI: PROGRAM HARI BERSAMA PELANGGAN BERSAMA PEMIMPIN MASYARAKAT SERIAN

Program Hari Bersama Pelanggan (HBP) JBALB Sarawak Siri 3/2025 anjuran Cawangan Komunikasi Korporat Ibu Pejabat JBALB Sarawak telah diadakan pada pagi tadi 7 Oktober 2025 (Selasa) bertempat di Dewan Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak, Bahagian Serian

Turut hadir bersama dalam memeriahkan program tersebut adalah Encik Enting @ Inting Anak Nyami, Pegawai Daerah Serian.

Taklimat ringkas berkenaan JBALB Sarawak telah disampaikan oleh Encik Awang Fardillah Awang Hussin (Ketua Penolong Pengarah - Komunikasi Korporat). Seterusnya, taklimat berkenaan perkembangan terkini pengoperasian dan pembangunan JBALB Daerah Serian telah disampaikan oleh Puan Ir. Ts. Qairuniza binti Roslan selaku Jurutera Air Bahagian JBALB Serian.

Program ini melibatkan warga ketua kampung/ketua masyarakat di kawasan tersebut yang bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan JBALB dengan masyarakat setempat melalui sesi perkhidmatan pelanggan, pameran serta perkongsian maklumat oleh rakan strategik.

Setinggi penghargaan kepada penceramah dan juga agensi-agensi yang terlibat dalam pameran perkhidmatan daripada pihak Service Sarawak SCSDU, Sarawak Information Systems Sdn Bhd (SAINS), dan Bank Simpanan Nasional (ejen BSN).