KURSUS INDUKSI KHUSUS (KIK) JBALB SARAWAK MEDAN PERKUKUH KEFAHAMAN TUGAS DAN ETIKA KERJA
26 Sep 2025 - 29 Sep 2025,
Miri Marriott Resort & Spa
JBALB HQ
KURSUS INDUKSI KHUSUS (KIK) JBALB SARAWAK MEDAN PERKUKUH KEFAHAMAN TUGAS DAN ETIKA KERJA
Kursus Induksi Khusus (KiK) Siri 1/2025 JBALB Sarawak anjuran Cawangan Sumber Manusia telah diadakan pada 26 hingga 29 September 2025 bertempat di Hotel Marriott Resort & Spa, Bahagian Miri.
Kursus yang sangat penting ini telah dihadiri oleh kakitangan Ibu Pejabat JBALB dan JBALB Bahagian seramai 60 orang meliputi pelbagai gred.
KIK yang berlangsung dengan jayanya selama 4 hari ini telah ditutup secara rasmi oleh Encik Ts. Ahmad Selihin bin Che Said (Timbalan Pengarah - Operasi) yang mewakili Pengarah JBALB Sarawak. Turut hadir bersama ialah Puan Julina Ho (Timbalan Pengarah - Pengurusan), Encik Ir. Ts. Tie Tung Ing (Pengurus Kualiti), serta Encik Ts. Lau Jing Teck (Jurutera Air Bahagian JBALB Miri).
Objektif utama penganjuran kursus ini adalah untuk memberi pendedahan tentang 6 nilai bersama Perkhidmatan Awam Sarawak, fungsi-fungsi dari setiap cawangan di JBALB, dan etika bekerja sebagai penjawat awam.
Setinggi penghargaan dan terima kasih terutamanya sekali kepada semua penceramah , fasilitator dan urusetia dalam menjayakan kursus tersebut.