Event

 

PROGRAM SISTEM BEKALAN AIR ALTERNATIF SARAWAK (SAWAS) 'FILTRATION TECHNOLOGY: INNOVATIVE SOLUTIONS FOR SUSTAINABLE RURAL WATER SUPPLY IN SARAWAK'

19 Jun 2025 - 19 Jun 2025, Raia Hotel & Convention Centre Kuching
JBALB HQ
PROGRAM SISTEM BEKALAN AIR ALTERNATIF SARAWAK (SAWAS) 'FILTRATION TECHNOLOGY: INNOVATIVE SOLUTIONS FOR SUSTAINABLE RURAL WATER SUPPLY IN SARAWAK'

Cawangan Bekalan Air Luar Bandar telah menganjur satu program berkenaan Sistem Bekalan Air Alternatif Sarawak (SAWAS) 'Filtration Technology - Innovative Solutions for Sustainable Rural Water Supply in Sarawak' pada pagi tadi 19 Jun 2025 (Khamis) bertempat di Raia Hotel & Convention Centre, Kuching.

Program ini turut dihadiri oleh Tuan Pengarah JBALB, Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah Awg Redzuan bersama barisan pengurusan tertinggi dari Ibu Pejabat JBALB dan JBALB Bahagian-Bahagian, serta delegasi-delegasi daripada Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Lembaga Air Kuching, Lembaga Air Sibu , Sarawak Water Sdn Bhd, Jabatan Mineral dan Geosains Sarawak. 

Sesi ini bertujuan untuk perkongsian mengenai teknologi penapisan air yang bersesuaian untuk kawasan luar bandar, selaras dengan matlamat JBALB di bawah 'Post-Covid Development Strategy (PCDS 2030') ke arah liputan bekalan air penuh di Sarawak.

Di samping itu, objektif kursus ini diadakan adalah untuk mengenal pasti sistem penapisan air berkesan yang boleh dipertimbangkan untuk pelaksanaan di kawasan luar bandar; perkongsian mengenai teknologi penapisan air yang bersesuaian bagi komuniti luar bandar dan kawasan pedalaman di Sarawak; dan menggalakkan pertukaran ilmu dan pandangan antara pihak industri, agensi kerajaan & institusi akademik

Ahli panel-panel sepanjang program tersebut yang dihadiri oleh Dr. Rosmina Ahmad Bustami (UNIMAS), Assoc. Prof. Ts. Gs Ir. Dr Kuok King Kuok (Swinburne University of Technology Sarawak Campus), Ir. Dr. Tan Yee Yong (Curtin University Malaysia), Dr. Peter Yek Nai Yuh (University of Technology Sarawak), Dr. Awang Nasrizal bin Awg Ali (UiTM Sarawak), Puan Mimi Malisa binti Dolhan (Politeknik Kuching), dan Encik James Bong Hin Lee (Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak).