Event

 

MAJLIS APRESIASI JBALB BAHAGIAN MUKAH BERSAMA PENGARAH JBALB SARAWAK 2025

14 May 2025 - 14 May 2025, Kingwood Resort Mukah
JBALB Mukah
MAJLIS APRESIASI JBALB BAHAGIAN MUKAH BERSAMA PENGARAH JBALB SARAWAK 2025

Majlis Apresiasi JBALB Bahagian Mukah bersama Pengarah JBALB Sarawak telah diadakan di Kingwood Resort, Mukah pada 14 Mei 2025 (Rabu).

YB Encik Abdul Yakub Haji Arbi (ADUN N58 Balingian), dan Tuan Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah Awg Redzuan (Pengarah JBALB Sarawak) adalah antara tetamu kehormat yang hadir dalam memeriahkan majlis tersebut.

Turut hadir bersama Tuan Pengarah JBALB dalam majlis adalah Puan Ir. Ts. Kueh Li Li (Timbalan Pengarah - Khidmat Teknikal),  Puan Ir. Ts. Chhoa Chia Yee (Ketua Penolong Pengarah - Pengeluaran), dan Encik Ir. Abang Ismail Abang Selim (Jurutera Air Bahagian Mukah).

Majlis ini diadakan bagi memberi penghargaan perkhidmatan kepada kakitangan JBALB serta menghargai warga kerja yang bertungkus lumus menganjurkan aktiviti di JBALB Bahagian Mukah.

Setinggi-tinggi tahniah kepada warga JBALB Bahagian Mukah di atas kejayaan menganjurkan majlis apresiasi ini.