BENGKEL 'NEW PROPOSED PROJECTS FOR 13TH MALAYSIA PLAN - INTEGRATION OF UTILITIES AND INFRASTRUCTURE PROJECTS'
08 May 2025 - 08 May 2025,
Riverside Majestic Hotel Kuching
JBALB HQ
BENGKEL 'NEW PROPOSED PROJECTS FOR 13TH MALAYSIA PLAN - INTEGRATION OF UTILITIES AND INFRASTRUCTURE PROJECTS'
Satu bengkel berkenaan 'New Proposed Projects for 13th Malaysia Plan - Integration of Utilities and Infrastructure Projects' anjuran Cawangan Perancangan Korporat telah diadakan pada 8 Mei 2025 (Khamis) bertempat di Riverside Majestic Hotel Kuching.
YBrs. Tuan Syed Mohamad Fauzi Shahab, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak adalah antara tetamu kehormat yang hadir dalam mesyuarat tersebut.
Mesyuarat ini turut disertai oleh Encik Thomas Lucas Santang (Timbalan Pengarah - Pembangunan), Ir. Ts. Kueh Li Li (Timbalan Pengarah - Khidmat Teknikal), Puan Ts. Dianne Andrew Jo (Ketua Penolong Pengarah - Perancangan Korporat), Jurutera-Jurutera Air Bahagian JBALB, serta pegawai-pegawai projek dari Ibu Pejabat JBALB dan JBALB Bahagian.
Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membentangkan perancangan berkenaan projek-projek bekalan air baharu untuk seluruh bahagian di bawah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK-13).