MAJLIS PENYERAHAN PROJEK SIAP TANGKI ARAS TINGGI KABONG BAHAGIAN BETONG
07 May 2025 - 07 May 2025,
Tangki Aras Tinggi Kabong Betong
JBALB Betong
MAJLIS PENYERAHAN PROJEK SIAP TANGKI ARAS TINGGI KABONG BAHAGIAN BETONG
Seusai lawatan kerja YB Dato Sri Haji Julaihi bin Haji Narawi, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak ke Loji Rawatan Air Lichok, Bahagian Betong pada pagi tadi 7 Mei 2025 (Rabu), Majlis Penyerahan Projek Siap Tangki Aras Tinggi Kabong telah diadakan dan disempurnakan oleh YB Menteri.
Sebelum sesi penyerahan projek, beliau telah diberi taklimat berkenaan status Projek Bekalan Air Daerah Kabong yang disampaikan oleh Ir. Tay Chiaw Teck selaku Jurutera Air Bahagian Betong dan seterusnya meninjau perkembangan terkini di tapak kawasan Tangki Aras Tinggi (HLT) Kabong.
Penyerahan projek siap turut disampaikan oleh Encik Ir. Lau Chong Choon (Ketua Penolong Pengarah - Pelaksanaan dan Pemantauan), selaku Pegawai 'SO' projek kepada Jurutera Air Bahagian Betong dan disaksikan oleh YB Menteri.
Turut hadir bersama dalam majlis penyerahan tersebut adalah YB Dato Mohd Chee bin Kadir (ADUN N40 Kabong), YB Tuan Haji Mohamad bin Duri (ADUN N38 Kalaka), YB Encik Friday anak Belik (ADUN N39 Krian), YBhg. Datu Jafri bin Lias (Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak), Encik Abdul Malik Abdullah @ Itin Langit (Pengurus Besar Lembaga Air Sibu),, Tuan Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah bin Wag Redzuan (Pengarah JBALB Sarawak), Encik Ts. Ahmad Selihin bin Che Said (Timbalan Pengarah - Operasi), ketua-ketua kaum masyarakat di kawasan tersebut, serta pegawai dan kakitangan JBALB yang terlibat dalam majlis perasmian.