LAWATAN KERJA SERTA SESI LIBAT URUS PENGARAH JBALB SARAWAK DI LOJI RAWATAN AIR BELAGA, BAHAGIAN KAPIT
02 May 2025 - 02 May 2025,
Loji Rawatan Air Belaga
JBALB Kapit
LAWATAN KERJA SERTA SESI LIBAT URUS PENGARAH JBALB SARAWAK DI LOJI RAWATAN AIR BELAGA, BAHAGIAN KAPIT
Pada pagi tadi (2 Mei 2025 - Jumaat), Tuan Pengarah JBALB Sarawak, Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah Awg Redzuan telah melakukan lawatan kerja ke Loji Rawatan Air Belaga, Bahagian Kapit Ketibaan Tuan Pengarah JBALB disambut oleh Encik Dominic Galau selaku Penolong Jurutera Air Bahagian JBALB Kapit serta pegawai-pegawai terlibat di Loji Rawatan Air Belaga.
Turut hadir bersama Tuan Pengarah JBALB adalah Encik Ts. Ahmad Selihin bin Che Said (Timbalan Pengarah - Operasi), Puan Ir. Ts. Kueh Li Li (Timbalan Pengarah - Khidmat Teknikal), Puan Ts. Dianne Andrew Jo (Ketua Penolong Pengarah - Perancangan Korporat), Puan Ir Ts. Chhoa Chia Yee (Ketua Penolong Pengarah - Pengeluaran), dan Cik Sr Ee Poh Ling (Ketua Penolong Pengarah - Ukur Bahan).
Seterusnya pada sebelah petang pula, Tuan Pengarah JBALB telah dibawa untuk melawat ke tapak Projek Rakyat Bekalan Air Kawasan Belaga-Jalan Belaga/Menjaweh, Bahagian Kapit bagi meninjau perkembangan terkini berkenaan dengan projek tersebut yang sudah siap dilaksanakan.
Lawatan dan sesi libat urus ini bertujuan untuk melihat perkembangan terkini pengoperasian sistem perawatan bekalan air di loji berkenaan.
Lawatan ini juga meneruskan acara 'turun padang' Tuan Pengarah bagi melawat loji-loji rawatan air JBALB di seluruh Sarawak bagi meninjau sendiri keadaan loji serta pengoperasian sistem bekalan air.