Event

 

LAWATAN KERJA MENTERI UTILITI DAN TELEKOMUNIKASI SARAWAK KE LOJI RAWATAN AIR SLABI, BAHAGIAN SERIAN

30 Apr 2025 - 30 Apr 2025, Loji Rawatan Air Slabi, Serian
JBALB Serian
LAWATAN KERJA MENTERI UTILITI DAN TELEKOMUNIKASI SARAWAK KE LOJI RAWATAN AIR SLABI, BAHAGIAN SERIAN

Pada pagi tadi, 30 April 2025 (Rabu), YB Dato Sri Haji Julaihi bin Haji Narawi, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak telah melakukan lawatan kerja ke Loji Rawatan Air Slabi, Bahagian Serian.

Beliau diiringi oleh Tuan Pengarah JBALB, Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah bin Awg Redzuan, dan Encik Ts. Ahmad Selihin bin Che Said (Timbalan Pengarah - Operasi).

Turut hadir bersama YB Menteri dalam lawatan tersebut adalah YB Datuk Martin Ben (Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak), YB Dr Simon Sinang (ADUN N21 Tebedu), YB Encik John Ilus (ADUN N23 Bukit Semuja), YBhg. Datu Jafri bin Lias (Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak), dan YBrs. Encik Abdul Khalid Manaf (Timbalan Residen Bahagian Serian).

Sesi taklimat berkenaan status Projek Bekalan Air Bahagian Serian telah disampaikan oleh Puan Ir. Ts. Qairuniza binti Roslan, selaku Jurutera Air Bahagian JBALB Serian. 

Seusai sesi taklimat projek, YB Menteri telah berkesempatan untuk merasmikan 'JBALB Gallery, Slabi Training Centre, dan Mini Command Centre' yang baharu sahaja siap sepenuhnya dan seterusnya meninjau di sekitar kawasan tersebut. 

Seusai selesai lawatan ke Loji Rawatan Air Slabi dan Perasmian 'JBALB Gallery', YB Menteri serta rombongan telah dibawa ke tapak Projek Bekalan Air Wilayah Serian Fasa II yang setakat ini telah menunjukkan perkembangan yang amat baik dan dan telah bermula sejak Oktober 2024 dan dijangka siap pada April 2027.

Pelaksanaan projek ini menunjukkan keprihatinan dan komitmen Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Utiliti & Telekomunikasi (MUT) Sarawak dan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak telah diamanahkan sebagai agensi pelaksana dalam usaha untuk meningkatkan liputan bekalan air terawat di Bahagian Serian.

Skop projek pada Stage 1 merangkumi kerja - kerja pemasangan saluran paip jenis MSCL bersaiz 900 mm dan 800 mm dari Loji Rawatan Air Slabi ke simpang Jalan Melikin sepanjang 33KM, pemasangan paip agihan dan retikulasi jenis HDPE pelbagai saiz sepanjang 65KM, pembinaan tangki aras tinggi berkapasiti 3 Juta Liter, serta penyambungan paip komunikasi ke 26 buah kampung. Setakat ini, sepanjang 16.5KM paip jenis MSCL dan 9.5KM paip jenis HDPE telah disambung dalam skop kerja ini.

Skop kerja pada Stage 2 yang merangkumi kerja - kerja pemasangan saluran paip jenis MSCL bersaiz 800 mm dan 700 mm dari simpang Jalan Melikin ke simpang Jalan Samalatong sepanjang 30KM, pemasangan paip agihan dan retikulasi jenis HDPE pelbagai saiz sepanjang 55KM, pembinaan tangki takungan air berkapasiti 1.8 Juta Liter, pembinaan Stesen Pam Penggalak, dan penyambungan paip komunikasi ke 50 buah kampung. Setakat ini, sepanjang 1.97KM paip jenis MSCL dan 5.64KM paip jenis HDPE telah disambung dalam skop kerja ini.

Projek-projek tersebut yang juga merupakan sebahagian daripada Pelan Sistem Grid Bekalan Air Sarawak akan memberi manfaat sebanyak 1,800 buah rumah dari 76 Kampung yang kini masih belum mendapat bekalan air terawat dalam Bahagian Serian setelah projek ini siap dilaksanakan pada tahun 2027.

JBALB Sarawak akan berusaha memastikan projek – projek yang kini dalam peringkat pelaksanaan disiapkan dalam jangka masa yang telah ditetapkan.