LAWATAN KERJA SETIAUSAHA TETAP KEMENTERIAN UTILITI DAN TELEKOMUNIKASI SARAWAK KE BAHAGIAN SARIKEI
26 Apr 2025 - 26 Apr 2025,
Loji Rawatan Air Bayong, Sarikei
JBALB Sarikei
LAWATAN KERJA SETIAUSAHA TETAP KEMENTERIAN UTILITI DAN TELEKOMUNIKASI SARAWAK KE BAHAGIAN SARIKEI
Seusai YBhg. Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak melakukan lawatan ke Bahagian Betong pada pagi tadi, 26 April 2025 (Sabtu), beliau terus melakukan lawatan ke Loji Rawatan Air Bayong, Bahagian Sarikei pada sebelah petang hari yang sama bagi meninjau perkembangan pengoperasian di loji tersebut.
Beliau diiringi oleh Tuan Pengarah JBALB Sarawak Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah Awg Redzuan.
Taklimat berkenaan status pengoperasian di loji tersebut telah disampaikan oleh Encik Ts. Chieng Ghin Wei selaku Jurutera Air Bahagian JBALB Sarikei kepada YBhg. Datu dan seterusnya meninjau di sekitar kawasan loji tersebut.
Turut hadir bersama Tuan Pengarah JBALB adalah Encik Abdul Malik Abdullah @ Itin Langit (Pengurus Besar Lembaga Air Sibu), Encik Ir. George Lee Chun Lung (Pengarah Bekalan Air Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak), Encik Ts. Ahmad Selihin bin Che Said (Timbalan Pengarah - Operasi), Puan Ir. Ts. Chhoa Chia Yee (Ketua Penolong Pengarah - Pengeluaran), Puan Ts. Sally Tang (Jurutera Air Bahagian Sibu), serta pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam lawatan tersebut.