LAWATAN KERJA SETIAUSAHA TETAP KEMENTERIAN UTILITI DAN TELEKOMUNIKASI SARAWAK KE BAHAGIAN BETONG
26 Apr 2025 - 26 Apr 2025,
Loji Rawatan Air Lichok, Tangki Bukit Lebur, Tangki Aras Tinggi Kabong, dan Tangki Aras Tinggi Nyabor
JBALB Betong
LAWATAN KERJA SETIAUSAHA TETAP KEMENTERIAN UTILITI DAN TELEKOMUNIKASI SARAWAK KE BAHAGIAN BETONG
Pada pagi tadi (26 April 2025 - Sabtu), YBhg. Datu Jafri bin Lias, Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak telah berkesempatan melakukan lawatan kerja ke beberapa tempat loji rawatan air (WTP) dan tangki aras tinggi (HLT) di Bahagian Betong yang merangkumi, Loji Rawatan Air Lichok, Tangki Bukit Lebur, Tangki Aras Tinggi Kabong, dan Tangki Aras Tinggi Nyabor.
Beliau diiringi oleh Tuan Pengarah JBALB Sarawak Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah Awg Redzuan.
Beliau telah diberikan taklimat ringkas mengenai perkembangan projek di loji tersebut serta tangki aras tinggi daripada Encik Ir. Tay Chiaw Teck selaku Jurutera Air Bahagian JBALB Betong dan seterusnya meninjau di sekitar kawasan loji dan tangki aras tinggi berkenaan.
Turut hadir bersama Tuan Pengarah JBALB adalah Encik Abdul Malik Abdullah @ Itin Langit (Pengurus Besar Lembaga Air Sibu), Encik Ir. George Lee Chun Lung (Pengarah Bekalan Air Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak), Encik Ts. Ahmad Selihin bin Che Said (Timbalan Pengarah - Operasi), Puan Ir. Ts. Chhoa Chia Yee (Ketua Penolong Pengarah - Pengeluaran), Puan Ts. Sally Tang (Jurutera Air Bahagian Sibu), serta pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam lawatan tersebut.