Event

 

SESI DIALOG JBALB BAHAGIAN SERIAN BERSAMA KOMUNITI

24 Apr 2025 - 24 Apr 2025, Bilik Gerakan JKKK Kpg Pala Baki
JBALB Serian
SESI DIALOG JBALB BAHAGIAN SERIAN BERSAMA KOMUNITI

Satu sesi dialog di antara pihak JBALB Bahagian Serian dan JKKK Kpg Bunga, Kpg Baru Mawang, Kpg Munggu Lalang, Kpg Pala Baki dan Taman Baki Ville berkenaan isu bekalan air telah diadakan pada 24 April 2025 (Khamis) bertempat di Bilik Gerakan JKKK Kpg Pala Baki.

Pada sesi dialog tersebut, Puan Ts. Afiza binti Morshidi selaku Penolong Jurutera Bahagian, JBALB Bahagian Serian telah menjelaskan beberapa perkara penting berkenaan isu bekalan air yang dihadapi oleh penduduk di kawasan berkenaan. Beliau juga turut menerangkan kaedah dan cara pemasangan pam air yang betul. Selain itu, beliau juga memberi taklimat berkenaan projek-projek yang sedang dilaksanakan dan akan dilaksanakan dalam masa terdekat untuk mengatasi isu-isu bekalan air di kawasan tersebut.

Sesi dialog ini merupakan satu inisiatif yang amat baik bagi kedua-dua belah pihak mendapat gambaran sebenar keadaan yang berlaku serta tindakan yang diambil oleh pihak JBALB.