Event

 

MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) JBALB SARAWAK BIL. 1 / 2025

24 Apr 2025 - 24 Apr 2025, JBALB HQ
JBALB HQ
MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) JBALB SARAWAK BIL. 1 / 2025

Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) JBALB Sarawak Bil. 1/2025 telah diadakan pada petang tadi 24 April 2025 (Khamis) bertempat di Bilik Mesyuarat Teratai, Ibu Pejabat JBALB Sarawak.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Tuan Pengarah JBALB Sarawak, Ir. Ts Awg Mohammad Fadillah Awg Redzuan. Mesyuarat ini dijalankan secara fizikal dan melalui atas talian Zoom.

Antara agenda mesyuarat adalah Sesi Penyerahan Tugas antara Puan Intan Nurhafizah Fazriana binti Hamzani, Pengerusi Ahli Pekerja MBJ 2023-2025 dan Encik Radin Yusof bin Radin Sadi, Pengerusi Ahli Pekerja MBJ yang baru untuk tempoh 2025-2027.

Semoga barisan Ahli Pekerja MBJ 2025-2027 yang baru dapat menjadikan MBJ sebagai medium dua hala di mana Ahli Pekerja dapat berkomunikasi dengan pihak pengurusan dalam menyuarakan pandangan, pendapat dan idea-idea yang bernas untuk kepentingan dan kebaikan JBALB Sarawak.

Syabas dan tahniah!