MESYUARAT BERKENAAN PELAKSANAAN PROJEK SAWAS BATANG LASSA, DAERAH DARO, BAHAGIAN MUKAH
23 Apr 2025 - 23 Apr 2025,
JBALB Command Centre
JBALB HQ
MESYUARAT BERKENAAN PELAKSANAAN PROJEK SAWAS BATANG LASSA, DAERAH DARO, BAHAGIAN MUKAH
Pada pagi tadi, 23 April 2025 (Rabu), satu mesyuarat berkenaan Pelaksanaan Projek Sistem Bekalan Air Alternatif (SAWAS) Batang Lassa, Daerah Daro telah diadakan bertempat di JBALB Command Centre.
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh YB Tuan Haji Safiee bin Ahmad, ADUN N.43 Daro dan dipengerusikan oleh Tuan Pengarah JBALB Sarawak Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah Awg Redzuan.
Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk mendapat perkembangan terkini berkenaan pelaksanaan projek di kawasan tersebut.
Turut hadir bersama dalam mesyuarat tersebut adalah Encik Thomas Lucas Santang (Timbalan Pengarah - Pembangunan), Encik Ts. Ahmad Selihin bin Che Said (Timbalan Pengarah - Operasi).