Event

 

MAJLIS PENGHARGAAN JBALB SARAWAK BERSAMA YB DATUK DR HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI JUNAIDI

28 Mar 2025 - 28 Mar 2025, The Waterfront Hotel Kuching
JBALB HQ
MAJLIS PENGHARGAAN JBALB SARAWAK BERSAMA YB DATUK DR HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI JUNAIDI

JBALB Sarawak telah menganjurkan satu Majlis Penghargaan Bersama YB Datuk Dr Haji Abdul Rahman bin Haji Junaidi, mantan Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (Utiliti) pada 28 Mac 2025 (Jumaat) bertempat di The Waterfront Hotel, Kuching.

Majlis ini turut dihadiri oleh YB Dato Sri Haji Julaihi bin Haji Narawi, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak serta Encik Ir. George Lee Chun Lung yang mewakili Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, dan Tuan Pengarah JBALB Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah Awg Redzuan.

Pihak JBALB Sarawak bersama Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Datuk Dr. Haji Abdul Rahman di atas segala komitmen dan dedikasi beliau sepanjang menjawat jawatan Timbalan Menteri dan Telekomunikasi Sarawak (Utiliti). 

Sekalung tahniah diucapkan kepada YB Datuk Dr. Haji Abdul Rahman di atas pelantikan beliau sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam).

Turut hadir bersama dalam memeriahkan majlis tersebut adalah Encik Thomas Lucas Santang (Timbalan Pengarah - Pembangunan), Puan Ir. Ts. Kueh Li Li (Timbalan Pengarah - Khidmat Teknikal), barisan Pengurusan Tertinggi JBALB Sarawak, Jurutera-Jurutera Air Bahagian JBALB, serta kakitangan daripada Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak dan Ibu Pejabat JBALB.