PROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUK JBALB BAHAGIAN SIBU
26 Mar 2025 - 26 Mar 2025,
JBALB Sibu
JBALB Sibu
PROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUK JBALB BAHAGIAN SIBU
JBALB Bahagian Sibu telah menganjurkan satu Program Agihan Bubur Lambuk bersempena bulan Ramadhan 1446H pada tengah hari tadi, 26 Mac 2025 (Rabu) bertempat di Perkarangan Pejabat JBALB Bahagian Sibu.
Pengagihan bubur lambuk dilakukan oleh Encik Awang Fardillah bin Awang Hussin (Ketua Penolong Pengarah Komunikasi Korporat) yang mewakili Pengarah JBALB Sarawak dan Puan Ts. Sally Tang Nga Lin, Jurutera Air Bahagian Sibu kepada kakitangan JBALB Sibu, agensi-agensi kerajaan, dan orang awam berdekatan kawasan.
Setinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada warga JBALB Bahagian Sibu dalam menjayakan program tersebut.