TEMUBUAL PENGARAH JBALB SARAWAK BERSAMA JABATAN PENERANGAN SARAWAK
25 Mar 2025 - 25 Mar 2025,
JBALB Command Centre
Jabatan Penerangan Sarawak
TEMUBUAL PENGARAH JBALB SARAWAK BERSAMA JABATAN PENERANGAN SARAWAK
Pagi ini tadi (25 Mac 2025 - Selasa) telah diadakan satu sesi rakaman temubual Pengarah JBALB Sarawak bersama pasukan Bahagian Media Siber, Jabatan Penerangan (JAPEN) Sarawak berkisar tentang peranan JBALB Sarawak dalam membekalkan air bersih dan terawat ke seluruh Sarawak.
Program yang dinamakan 'Influencer@JAPEN' merupakan salah satu inisiatif pihak JAPEN dalam menerbitkan video informatif agensi serta jabatan kerajaan di Sarawak.
Kerjasama di antara JBALB Sarawak dan JAPEN ini adalah susulan daripada sesi libat urus bersama media yang dianjurkan oleh pihak JBALB Sarawak pada 18hb Mac 2025 yang lalu.
Diharap kerjasama yang baik ini akan diteruskan dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.