JBALB BAHAGIAN MIRI SANTUNI ANAK-ANAK YATIM DALAM PROGRAM IFTAR RAMADHAN
21 Mar 2025 - 21 Mar 2025,
Mega Hotel, Miri
JBALB Miri
JBALB BAHAGIAN MIRI SANTUNI ANAK-ANAK YATIM DALAM PROGRAM IFTAR RAMADHAN
Seramai lebih kurang 60 orang anak-anak yatim daripada Kompleks Kebajikan Hamidah Yakup telah diraikan dalam satu Majlis Iftar Ramadhan oleh pihak JBALB Bahagian Miri di Mega Hotel pada 20 Mac 2025 (Khamis).
Majlis ini telah dihadiri oleh Encik Awang Fardillah bin Awang Hussin (Ketua Penolong Pengarah Cawangan Komunikasi Korporat) yang turut mewakili Pengarah JBALB Sarawak dan Encik Lau Jing Teck, Jurutera Air Bahagian Miri.
Pada majlis tersebut juga, seramai 8 orang kakitangan JBALB Miri yang terkesan akibat banjir pada bulan lepas turut menerima sumbangan bakul makanan dari pihak Jabatan.
Sebelum berbuka puasa, tazkirah agama juga turut diadakan dan telah disampaikan oleh Al-fadil Ustaz Azizul Hafidz bin Abdul Hardy.