MAJLIS SAMBUTAN HARI AIR SEDUNIA 2025 PERINGKAT JBALB SARAWAK
18 Mar 2025 - 18 Mar 2025,
The Waterfront Hotel Kuching
JBALB HQ
MAJLIS SAMBUTAN HARI AIR SEDUNIA 2025 PERINGKAT JBALB SARAWAK
Pada 18 Mac 2025 (Selasa), Ibu Pejabat JBALB Sarawak telah menganjurkan satu Majlis Sambutan Hari Air Sedunia 2025 Peringkat JBALB Sarawak yang disempurnakan oleh Tuan Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah Awg Redzuan, Pengarah JBALB Sarawak bertempat di The Waterfront Hotel, Kuching.
Majlis ini turut dihadiri oleh warga kerja Ibu Pejabat JBALB serta Jurutera-Jurutera Air Bahagian JBALB. Para media serta warga Ketua Kaum/Ketua Masyarakat, dan para laman media sosial yang telah memberi kerjasama dalam menyampai maklumat hebahan berkenaan jabatan juga turut serta hadir dalam memeriahkan majlis tersebut.
Sambutan Hari Air Sedunia 2025 yang disambut pada setiap tahun 22 Mac, tahun ini yang bertemakan 'Glacier Preservation' adalah amat signifikan bagi para industri air serta sumber alam semula jadi dalam pemeliharaan sumber sungai air batu alam sekitar.
Di samping majlis tersebut, Pelancaran Program #JomJimatAir bersama Komuniti 2025 turut diadakan dan dirasmikan oleh Tuan Pengarah JBALB.
Seterusnya, penyampaian sumbangan Ramadhan juga turut diberikan kepada warga kerja Ibu Pejabat.
Seusai majlis sambutan dan pelancaran program tersebut, Tuan Pengarah JBALB bersama Pengurusan Tertinggi dan Jurutera Air Bahagian menghadiri Sesi Libat Urus JBALB Sarawak bersama Media.
Majlis JBALB Berselawat turut diadakan bagi kakitangan yang beragama Islam. Kumpulan Selawat Ahbab El Habeeb telah mengetuai majlis selawat berkenaan.