Event

 

MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN SUKAN BEKALAN AIR SARAWAK (SBAS) EDISI KE-4 TAHUN 2025 

17 Feb 2025 - 17 Feb 2025, Dewan Serbaguna Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL) Cawangan Sarawak, Kuching
RUWAS
MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN SUKAN BEKALAN AIR SARAWAK (SBAS) EDISI KE-4 TAHUN 2025 

Majlis Perasmian Kejohanan Sukan Bekalan Air Sarawak (SBAS) Edisi ke-4 Tahun 2025 telah disempurnakan oleh YB Datuk Dr Haji Abdul Rahman bin Haji Junaidi, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (Utiliti) pada  17 Februari 2025 (Isnin) bertempat di Dewan Serbaguna Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL) Cawangan Sarawak, Kuching.

Ketibaan YB Timbalan Menteri telah disambut oleh Tuan Pengarah JBALB Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah Awg Redzuan. 

SBAS edisi kali ini dianjurkan oleh JBALB Sarawak bermula pada 17 februari sehingga 20 februari 2025.

SBAS kali ini akan menyaksikan seramai lebih kurang 430 orang atlit akan bertanding bagi 11 acara sukan di sekitar Bandaraya Kuching. Kejohanan ini amat penting bagi memilih wakil Bekalan Air Sarawak ke Sukan Bekalan Air Se-Malaysia  (SBAM) 2025 di Selangor pada bulan Ogos nanti. 

Turut hadir dalam memeriahkan majlis tersebut adalah Ir. Rodziah binti Mohamad (Pengurus Besar - Lembaga Air Kuching), Encik Itin anak Langit (Pengurus Besar Lembaga Air Sibu), Ir. Ts. Br. Daniel Punang (Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Water Sdn Bhd - dulu dikenali sebagai LAKU Management Sdn Bhd), Encik Raduan bin Haji Bujet (wakil Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak), Ts. Ahmad Selihin bin Che Said (Timbalan Pengarah - Operasi), Ir. Ts. Kueh Li Li (Timbalan Pengarah - Khidmat Teknikal).