Event

 

MAJLIS PERJUMPAAN PENGARAH JBALB SARAWAK BERSAMA KONTINJEN SUKAN BEKALAN AIR SARAWAK (SBAS) JBALB SARAWAK 2025

16 Feb 2025 - 16 Feb 2025, Dewan Serbaguna Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL) Cawangan Sarawak, Kuching
RUWAS
MAJLIS PERJUMPAAN PENGARAH JBALB SARAWAK BERSAMA KONTINJEN SUKAN BEKALAN AIR SARAWAK (SBAS) JBALB SARAWAK 2025

Pada petang tadi, 16 Februari 2025 (Ahad), satu majlis perjumpaan di antara Tuan Pengarah JBALB Sarawak, Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah Awg Redzuan bersama Kontinjen Sukan Bekalan Air Sarawak (SBAS) JABLB Sarawak 2025 telah diadakan bertempat di Dewan Serbaguna Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL) Cawangan Sarawak, Kuching.

Perjumpaan yang penuh dengan semangat juang yang tinggi ini telah memberi ruang kepada Tuan Pengarah untuk menyuntik serta memberi semangat kepada semua atlit yang bertanding agar berjuang dengan penuh semangat kesukanan yang tinggi bermula 17hb Februari sehingga 20hb Februari 2025. Sebanyak 11 acarq sukan yang bakal dipertandingkan dalam temasya SBAS 2025.

Sesi penyerahan bendera JBALB dan jersi pasukan juga turut diadakan dalam perjumpaan tersebut.