PROGRAM 'TEAM BONDING' JBALB SARAWAK 2025
13 Feb 2025 - 15 Feb 2025,
Damai Lagoon Resort Kuching
JBALB HQ
PROGRAM 'TEAM BONDING' JBALB SARAWAK 2025
Program 'Team Bonding' JBALB Sarawak 2025 untuk kumpulan Pengurusan dan Profesional JBALB Sarawak telah diadakan selama 3 hari bermula dari 13 hingga 15 Februari 2025 bertempat di Damai Lagoon Resort, Kuching.
Program ini anjuran Cawangan Sumber Manusia turut dihadiri bersama Tuan Pengarah JBALB Sarawak, Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah Awg Redzuan serta disertai oleh semua wakil kumpulan Pengurusan dan Profesional daripada Ibu Pejabat JBALB dan pejabat-pejabat JBALB Bahagian.
Program Teambonding adalah program yang amat penting dalam sesebuah jabatan, satu platform untuk memahami kekuatan dan kelemahan masing-masing.
Pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang program berlangsung bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti kerja, serta memperkukuhkan hubungan dan kerjasama di antara pegawai dan kakitangan di jabatan.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur dalam merancang dan menjayakan program ini.